Assalamualaikum
Wanita..
Dikau kanak-kanak, dikau jugalah remaja
Dikau adik dan mungkin juga seorang kakak
Dikau dewasa, kelak menjadi isteri yang setia
Dikaulah ibu yang sangat bahagia
Yang saban hari meningkat usia
Kelak menjadi tua...tua dan tua
Digelar nenek oleh cucunya
Wanita..
Andai kau disisihkan
Janganlah kau putus asa
Tidak perlu kau rasa kecewa
Kerana kekecewaanmu itu
hanya merosakkan segalanya
Kau harus bangun
Tabah menghadapi dugaan yang mendatang
Menongkah arus perjuangan
ke arah kejayaan
Wahai wanita bidadari syurga..
Sesungguhnya
Dikau itu seindah hiasan
Hiasilah wajahmu dengan ketakwaan
Lukislah hatimu dengan seni keikhlasan
Ukirlah bibirmu dengan ukiran senyuman
Lakarlah kehidupanmu dengan kecintaan pada Tuhan
Insya Allah..
Dikau akan bahagia
Bukan sahaja di dunia yang penuh penindasan
Malah
Di akhirat jua dikelilingi kebebasan
cantikmu wanita kerana akhlak..indahnya dirimu bak mawar berduri




No comments:
Post a Comment