Pages

Sunday, 6 March 2011

Aurat

Sabda Rasulullah bermaksud: 
Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadith riwayat Muslim)

Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup rambut sahaja.

Firman ALLAH bermaksud: 
Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (An-Nur: 31)

Terdapat beberapa kesalahan wanita dalam menutup aurat


  1. Berpendapat bahawa aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi berbaju berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu menampakkan bentuk kawasan-kawasan yang 'menggoda'.
  4. Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah.
  5. Bertudung tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher (berselepang), maka terdedahlah bahagian depannya dari ditutupi kain tudung.
  7. Bertudung tetapi dengan tudung yang nipis sehingga boleh terlihat sanggul, leher dan dadanya.
  8. Bertudung tetapi hanya memakai di tempat-tempat tertentu sahaja.
  9. Bertudung tetapi apabila menaiki motor menampakkan betis di sepanjang perjalanan.
  10. Bertudung dengan sempurna penutupannya tetapi memanja-manjakan suara ketika berinteraksi dengan lelaki.




credit to forum aibob UNITEN

No comments:

Post a Comment