Pages

Tuesday, 16 August 2011

Nuzul Qur'an

Tahukah apa yang dimaksudkan dengan NUZUL QURAN?
NUZUL QURAN merupakan peristiwa turunnya ayat AL-QURAN yg pertama kpd Nabi Muhammad s.a.w sehingga menjadi lengkap AL-QURAN itu secara peringkat- peringkat .Peristiwa turunnya ayat al- Quran ini berlaku pada malam 17 Ramadhan dan ketika itu Nabi Muhammad sedang beribadat di Gua Hira'.Perkataan "NUZUL" bermaksud perpindahan dari atas ke bawah atau lebih dikenali sebagai 'turun'. 5 ayat pertama dari surah AL-ALAQ merupakan ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan ALLAH kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril.




Wednesday, 9 March 2011

The Beauty of Muslimah

Assalamualaikum..


Dear...

To beautify our eyes..lower our gaze towards strange men..this will make our eyes pure and shiny...

To beautify our face and make it shiny..keep doing wudu' minimum five times a day..

To have attractive lips...always mention ALLAH and speak the truth..

To remove impurities from our face and body...use a soap called 'astaghfaar'..this will remove many bad deeds..

Now..about our hair..if any of us has a problem of split ends..then, I suggest 'Islamic Hijab'..which will protect our hair from damage..







JAZAKHALLAHUKHAIRA...

Sunday, 6 March 2011

Aurat

Sabda Rasulullah bermaksud: 
Sesungguhnya termasuk ahli neraka iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (dedah aurat) yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadith riwayat Muslim)

Sebahagian wanita menyangka bahawa menutup aurat itu adalah menutup rambut sahaja.

Firman ALLAH bermaksud: 
Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir." (An-Nur: 31)

Terdapat beberapa kesalahan wanita dalam menutup aurat


  1. Berpendapat bahawa aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
  2. Bertudung tetapi berbaju berlengan pendek.
  3. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu menampakkan bentuk kawasan-kawasan yang 'menggoda'.
  4. Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah.
  5. Bertudung tetapi amat longgar sehingga menampakkan jambul dan hujung rambutnya.
  6. Bertudung tetapi tudungnya dilemparkan ke belakang leher (berselepang), maka terdedahlah bahagian depannya dari ditutupi kain tudung.
  7. Bertudung tetapi dengan tudung yang nipis sehingga boleh terlihat sanggul, leher dan dadanya.
  8. Bertudung tetapi hanya memakai di tempat-tempat tertentu sahaja.
  9. Bertudung tetapi apabila menaiki motor menampakkan betis di sepanjang perjalanan.
  10. Bertudung dengan sempurna penutupannya tetapi memanja-manjakan suara ketika berinteraksi dengan lelaki.




credit to forum aibob UNITEN

Jika Aku Jatuh Hati

Ya Allah,
Pemilik kunci hatiku...
jatuhkanlah cintaku pada dia; insan yang Kau pilih..

jika benar ketetapanMu itu, Kau peliharalah kami..
dan janganlah Kau jatuhkan nafsu kami...
sesungguhnya..
seindah-indah cinta itu hanya milikMu..

 

amin Ya Rabb~





(..yang dicari dan masih mencari..)




wanita yang solehah itu buat lelaki yang soleh..begitu jugalah sebaliknya

Indahnya Wanita

buatmu Wanita..


Assalamualaikum





Wanita..

Dikau kanak-kanak, dikau jugalah remaja
Dikau adik dan mungkin juga seorang kakak
Dikau dewasa, kelak menjadi isteri yang setia
Dikaulah ibu yang sangat bahagia
Yang saban hari meningkat usia
Kelak menjadi tua...tua dan tua
Digelar nenek oleh cucunya






Wanita..

Andai kau disisihkan
Janganlah kau putus asa
Tidak perlu kau rasa kecewa
Kerana kekecewaanmu itu
hanya merosakkan segalanya
Kau harus bangun
Tabah menghadapi dugaan yang mendatang
Menongkah arus perjuangan
ke arah kejayaan






Wahai wanita bidadari syurga..

Sesungguhnya
Dikau itu seindah hiasan
Hiasilah wajahmu dengan ketakwaan
Lukislah hatimu dengan seni keikhlasan
Ukirlah bibirmu dengan ukiran senyuman
Lakarlah kehidupanmu dengan kecintaan pada Tuhan






Insya Allah..

Dikau akan bahagia
Bukan sahaja di dunia yang penuh penindasan
Malah
Di akhirat jua dikelilingi kebebasan




cantikmu wanita kerana akhlak..indahnya dirimu bak mawar berduri

Saturday, 5 March 2011

Muqaddimah

Assalamualaikum....

Blog ini diwujudkan untuk berkongsi tentang wanita...
Tidak bermaksud untuk wanita, lelaki tidak boleh membacanya...
Boleh!!!

Perkongsian ini adalah hasil dari pembacaan yang akan dikongsikan bersama-sama pembaca sekalian...
Jika ada yang tersalah, harap dapat ditegur...
Selain itu, blog ini juga tidak akan menggunakan perkataan singkatan supaya memudahkan pembaca...
Sekian, Terima Kasih...

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, dan AKHLAK hiasan jiwa dan peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti